Tuesday, October 30, 2012

Panduan kesihatan semasa haid

Haid adalah anugerah yang tidak ternilai bagi wanita kerana ia menunjukkan seseorang tu adalah normal dan berpeluang untuk melahirkan zuriat. Antara info yang perlu anda ketahui tentang haid ialah:
  • Wanita akan mengalami haid 2/3 dari hayat mereka.
  • Hampir 500 kali mengalami sepanjang hayatnya.
  • 75% dari penyakit ginekologi disebabkan oleh penjagaan tidak betul semasa haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti (laporan WHO).
  • Darah haid merupakan tempat pembiakan sesuai untuk bakteria. Di bawah keadaan gelap dan panas, bakteria akan membiak dengan berkali-ganda di permukaan tuala setelah ia digunakan selama 15-18 minit.
  • Kajian menunjukkan bahawa dalam masa 4 minit, bakteria akan membiak melebihi kuantiti 100,000.

Kesan Penggunaan Tuala Wanita

Apabila datang haid tuala wanitalah yang akan menjadi teman peribadi kita. Kita akan menggunakan tuala wanita dari mula datang haid pertama sehinggalah menopause. Boleh bayangkan berapa lama kita akan menggunakan tuala wanita jikalau mula datang haid diusia 11 tahun dan manopause 45 tahun. Maknanya lebih kurang 34 tahun.

Apakah kesan jangkamasa panjang yang kita akan alami sekiranya kita tidak mengambil berat dan memandang remeh tentang penggunaannya iaitu tentang kebersihan. Tambahan produk yang kita gunakan tidak berkualiti.

Kesannya ialah kita akan mengalami lelehan putih, kulit gatal, berbau busuk, keradangan faraj, sakit pinggang dan abdomen. Tetapi apa yang paling kita takuti ialah ia boleh menyebabkan tumor dan kanser serviks.


Kanser Servik

  • Kanser kedua menyerang wanita di seluruh dunia.
  • 500,000 kes baru setiap tahun dan 200,000 daripadanya terbunuh.
  • Disebabkan pencemaran dan perubahan cara hidup kanser ini telah menyerang wanita lebih muda iaitu kurang 50 tahun.
  • 4 punca utama kanser serviks iaitu jangkitan patogrn seperti E.coli, kerosakan mekanikal (keguguran), rangsangan bahan kimia (pencuci faraj) & merokok.

Di sini saya berikan beberapa tips tentang penggunaan tuala wanita untuk mencegah masalah-masalah berikut.

Tips Penggunaan Tuala wanita
  • Pastikan ianya jauh dari tarikh luput supaya kualitinya lebih terjamin.
  • Basuh tangan sebelum memakai tuala wanita supaya ia tidak mencemarkan tuala dengan mikroorganisma.
  • Jangan simpan tuala wanita di tandas kerana kuman membiak dengan aktif dalam ruangan gelap & basah.
  • Elak dari membeli tuala wanita yang murah atau jenis jualan murah kerana ia mungkin kualiti rendah atau hampir tarikh luput.
  • Tukarkan tuala wanita dengan kerap.

Perhatian Semasa Haid

Perkara-perkara yang perlu dielakkan menurut pakar kesihatan:
  • Jangan memukul bahagian pinggang. pelvik akan dipenuhi darah semasa haid, jika memukul pinggang akan menambahkan lagi kuantiti darah di pelvis dan menambahkan sakit haid. Selain itu, ia juga menjejaskan proses pembinaan semula endometrium dan memanjangkan jangkamasa haid.
  • Elakkan melakukan hubungan seks. Semasa haid, mulut rahim berada dalam keadaan terbuka, kuman dapat memasuki rahim dengan mudah dan menyebabkan keradangan endometrium dan pelvis.
  • Elakkan cabut gigi dan menjalani pembedahan kerana darah sukar untuk membeku dan ini menambah risiko. Derma darah juga tidak dibenarkan.
  • Elakkan memakai seluar yang ketat kerana ia akan menjejaskan pengaliran darah. Khususnya seluar yang tidak telus udara kerana akan menambahkan suhu pada bahagian sulit dan menggalakkan pembiakan kuman.
  • Elakkan berenang untuk mengelakkan kesejukan.
Makanan Yang Digalakkan Semasa Haid

  • Elakkan mengambil ais. Menurut pakar perubatan China, ais akan menurunkan suhu rahim dan menjejaskan daya pengecutannya. Rahim yang sejuk memerlukan kecutan yang lebih kuat supaya mengeluarkan darah haid dan akan menyebabkan sakit haid.
  • Elakkan juga makanan sejuk seperti makanan berasaskan ais, terung, labu, timun, ketam, siput, rumpair, rebung, pear, limau manis dan tembikai. Makanan bersifat masam seperti plum, buah yang belum masak atau makanan pedas dan goreng yang mengandungi cili, lada, wasabi dll juga harus dielakkan supaya ianya tidak menjejaskan pengaliran darah.

Makanan Yang Digalakkan Semasa Haid

Makanlah makanan seperti bawang,halia, kacang, walnut, kurma, longan. Jika termakan air secara tak sengaja dicadangkan minum sup halia yang direneh gula merah supaya menyeimbangkan suhu dan peredaran darah. Digalakkan juga banyak mengambil air suam untuk menggalakkan perjalanan darah dan mengurangkan sakit haid serta menambahkan volume cacair dalam badan.


Kesan Penggunaan Tuala Wanita Yang Tidak Betul

Setiap wanita memerlukan lebih kurang 15,000 keping tuala wanita di sepanjang hayatnya. Tetapi sedihnya lebih daripada 80% wanita tidak mengetahui bahawa lebih dari 80% tuala wanita di pasaran ialah kertas kitar semula yang mana mereka akan menggunakanpelbagai jenis bahan kimia untuk tujuan pelunturan, sterilisasi dan penyahbauan.

Antara bahan yang digunakan ialah Klorin yang mempunyai kesan tindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Diaoksin sebagai Karsinogen adalah penyebab kanser kelas pertama(Wikipedia). Dioksin menyebabkan:
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kanser payudara
  • Kanser ovari
  • Kanser usus
  • Endometriosis
  • Kemandulan
  • Fibroid
  • Keguguran
  • jangkitan pada uterus
  • melemahkan sistem imuniti badan
Kesan terhadap penggunaan bahan kimia tersebut menyebabkan wanita terdedah kepada 15,000 kali kepada karsinogen dan berisiko berlipat ganda untuk mendapat pelbagai penyakit wanita termasuk kanser serviks.


Cara Memilih Tuala Wanita Yang Baik

Terdapat juga lebih 70% wanita yang mengalami kegatalan dan keradangan pada bahagian sulit kerana menggunakan tuala wanita yang tak kedap udara. Oleh itu memilih tuala yang betul dapat menjauhkan masalah tersebut. Tuala yang baik akan mempunyai ciri-ciri di bawah:
  • Lapisan permukaan kapas lembut yang nipis dengan bahan serapan untuk mengelakkan kulit dari basah.
  • Memiliki fungsi pencegahan penyakit ginekologi, menyelaras peredarah darah, menguatkan keimunan, membasmi kuman dan menghilangkan bau.
  • Lapisan dasar tuala yang memiliki ciri-ciri resapan udara baik untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti rasa panas. Ia juga mengelakkan pembiakan bakteria yang cepat dengan suhu yang panas dan tiada pengaliran udara yang baik.

Tuala Wanita AIRIZ Dengan Oksigen Aktif dan Ion Negatif  memiliki semua ciri-ciri di atas dan ciri- ciri tambahan untuk memberi kelebihan kepada pengguna.  Antara ciri-cirinya ialah:
  • Lapisan permukaan kapas yang lembut dan nipis untuk keselesaan.
  • Lapisan penyaluran yang unik dengan pad oksigen aktif dan ion negatif yang berfungsi menggalakkan pembentukan dan penyimpanan vitamin dalam badan, mengaktifkan sel-sel tisu dan meningkatkan keimunan serta mengekalkan kesihatan.
  • Mencegah penyakit ginekologi (penyakit-penyakit wanita).
  • keupayaan menyerap dan menahan air yang kuat, memberi perasaan yang selesa dan segar serta kering.
  • Memiliki 8 lapisan, 8 perlindungan & 8 kesan terunggul iaitu menguatkan keimunan, melegakan tekanan, menghilangkan bau, menghilangkan keletihan, menggalakkan metabolisma, memperbaiki sistem endokrin, anti bakteria dan anti keradangan.
Maklumat lanjut tentang Tuala Wanita AIRIZ Dengan Oksigen Aktif dan Ion Negatif

Sebarang pertanyaan dan dapatkan nasihat percuma sila hubungi:

Call/ Sms : 013-2069116

Email : idaaz05@gmail.com

Sila add Facebook saya : Ida az

Untuk latest info & Promotion sila LIKE:

Page : Mama Rina (Tiens)

3 comments: