Tuesday, October 30, 2012

Alegik pada hidung (Rhinitis)


sinusitis
Resdung ialah inflamasi pada membran mukosa hidung. Bagi mereka yang alergik ia akan meransang reaksi imun yang berlebihan. Badan akan menghasilkan immunoglobin antibody (IgE) spesifik kepada bahan yang menyebabkan alergik dan seterusnya menghasilkan histamin. Apabila kita terdedah lagi kepada bahan yang menyebabkan alegik,  antibodi akan mengenalpasti serta melepaskan histamin. Histamin akan menyebabkan pengembangan salur darah dan inflamasi pada hidung seterusnya akan menyebabkan tanda dan gejala seperti:

1.   Hidung berair dan tersumbat.
2.   Kegatalan dan mata berair.
3.   Gatal hidung, telinga dan tekak.
4.   Tekanan pada hidung.
5.   Sakit kepala.
6.   Bersin.
7.   Lingkaran gelap bawah mata.
8.   Keletihan.
9.   Kurang deria rasa dan bau.
10. Batuk kronik.

Penyebab:

1. Genetik: Sekiranya kedua ibu bapa anda mengidap resdung, & 75% anda akan berisiko mendapatnya. Sekiranya salah seorang mengidapnya ada berpotensi 50% untuk mendapatnya.
2. Berkaitan ekzema (ruam merah).
3. Makanan.
4. Sebab lain : hama, biji benih, habuk kayu, bulu binatang, bulu kain, kimia, getah (latex), makanan yang pedas dan lain-lain.

Komplikasi:

1. Infeksi telinga.
2. Resdung.
3. Sakit tekak yang berulang.
4. Gelisah.
5. Letih lesu.
6. Batuk.
7. Sakit kepala.
8. Kurang konsentrasi.
9. Gangguan tidur.
10. Ketinggalan sekolah dan kerja.

Rawatan:

Tiada rawatan dan pembedahan. Biasanya doktor akan memberi ubat anti-histamin untuk menghilangkan simtom akut.

Pencegahan:

1. Elakkan perkara yang boleh menyebabkan alergik.
2. Elakkan binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
3. Elakkan kain yang berbulu.
4. Elakkan carpet di bilik tidur dan rumah.
5. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi anti- oksidan seperti buah, sayuran dan kekacang.
6. Lebihkan pengambilan makanan yang kaya vitamin C yang merupakan anti-histamin semulajadi.


No comments:

Post a Comment