Tuesday, October 30, 2012

Supplemet - Anemia semasa mengandung



Anemia ialah kekurangan sel darah merah atau darah menjadi lebih cair. Hb normal ialah 12g/dl. Kerap berlaku kepada ibu hamil. 7-8  dari 10 ibu hamil menderita anemia. Fungsi sel darah merah ialah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Sekiranya memandang ringan masalah ini ia boleh menyebabkan pendarahan semasa bersalin dan kelahiran bayi pra- matang serta menyebabkan gangguan pernafasan. Tapi apa paling ditakuti ialah boleh mengancam nyawa ibu tersebut.

Pada trimester pertama (3 bulan pertama) keadaan ibu hamil akan kelihatan letih lesu kerana mengalami loya dan muntah tambahan keperluan zat besi makin meningkat akibat peningkatan usia kehamilan.

Pada trimester kedua dan seterusnya keperluan zat besi semakin meningkat 2 kali ganda berbanding sebelum hamil akibat keperluan oksigen janin. Apabila loya dan muntah telah hilang tetapi ibu hamil masih kelihatan pucat dan letih lesu ia adalah tidak normal dan menunjukkan tanda-tanda anemia. Selain letih lesu, ibu juga akan menunjukkan tanda- tanda seperti rasa nak pitam, mudah letih, gusi berdarah terutama semasa menggosok gigi, rasa pening dan sesak nafas.

Selain komplikasi di atas, anemia ibu hamil juga boleh menyebabkan kematian janin dalam kandungan, lahir kurang berat badan dan pendarah sebelum dan selepas bersalin. Keadaan ini perlu ditangani segera untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini kepada bayi dan janin.

Keadaan di atas boleh ditangani dengan mengambil zat besi. Biasanya ibu hamil akan dibekalkan dengan Ferros fumarate(iron)dan obimin bergantung kepada keterukan.

Ibu juga dinasihatkan banyak mengambil kerang, organ dalaman, daging merah, sayuran hijau, susu, kismis, kurma dan kekacang.

Bagi ibu-ibu yang cuba mengelak organ dalaman seperti hati limpa boleh perbanyakkan mengambil kurma dan kismis sebab sesetengah ibu cuba mengelak mengambilnya takut memberi kesan di segi IQ. Khasiat yang ada pada kurma dan kismis boleh membantu dalam pembentukan sel darah merah dan meningkatkan Hb.

Supplement anemia dan ibu hamil : Spirulina yang berfungsi:


  • Mengawalatur kestabilan fungsi-fungsi badan
  • Menggalakkan metabolisme
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Membentuk darah.
  • Menghilangkan keletihan
  • Mengawalatur lipid darah
  • Anti-pengoksidaan
  • Anemia
  • Ketidakseimbangan nutrien.
2-3 kali sehari, 2-3 kapsul setiap kali, selepas makan, dengan air suam.


Ibu-ibu juga boleh lihat Supplement semasa mengandung:

Sebarang pertanyaan tentang produk dan aturan makan atau nasihat ketika pantang, jangan segan- segan untuk hubungi saya:

Call/ Sms : 013-2069116

Email : idaaz05@gmail.com

Sila add Facebook saya : Ida az

Untuk latest info & Promotion sila LIKE:

Page : Mama Rina (Tiens)

No comments:

Post a Comment