Tentang Saya

Cerewet dalam memilih supplement, sebelum mencubanya saya mesti pastikan:

1. Mendapat sijil halal dari JAKIM
2. Mendapat kelulusan KKM
3. Buat research serba sedikit tentang kesan jangka panjang.
4. Mencuba dalam dos yang rendah dahulu.


Macamana saya boleh gunakan produk Tiens

Saya mula guna spirulina ketika mengandung anak ke-2. Kini anak saya telah berumur 2 tahun lebih. Semasa mengandung saya selalu alami masalah kurang darah (anemia). Mengandung anak pertama pun macam tu juga. Simtom yang saya alami ialah gusi berdarah, letih lesu, rasa nak pitam dan selalu sesak nafas.

Apa yang saya tahu bila mendapat simtom tersebut ia menunjukkan anemia di tahap yang teruk. Bila saya pergi check up, doktor dan nurse dah tak boleh cakap apa sebab saya telah ambil 1 biji obimin serta ferros fumarate 2 biji pagi dan 2 biji petang. Dos yang saya ambil 900mg sehari hampir dos maksimum (1 gram). Bila keadaan itu berlaku saya mula memikirkan untuk tambah supplement lain sebab saya tahu kesan ferrous fumarate yang berlebihan iaitu boleh merosakkan hati.

Alhamdulilah saya telah menemui spirulina. Setelah pengambilannya, Hb saya semakin meningkat, simtom-simtom di atas tiada lagi. Saya pun lebih bertenaga dan saya sangat bersyukur apabila anak yang saya lahir sihat dan mempunyai kulit yang cantik dan licin. Sebab biasanya bayi mudah mendapat ruam. Hingga sekarang kulit anak saya kurang bermasalah iaitu kurang alergik. Berat badannya juga tidak mempunyai masalah berbanding anak pertama.

Saya juga telah guna spirulina sehingga lepas bersalin untuk membantu penyembuhan, penyusuan, menambah darah dan mengelakkan sembelit. Sehingga sekarang masih mengambil Spirulina Tiens Health disebabkan keberkesanannya mengurangkan letih lesu dan zatnya. Saya tidak risau lagi tentang pengambilan makanan sebab kadang-kadang disebabkan terlalu sibuk kita tidak mengambil berat tentang pengambilan makanan seimbang. Saya juga mengambil Hi-Cal I untuk mencegah sakit belakang yang saya alami sebelum ini sebab saya tidak suka minum susu.

No comments:

Post a Comment