Tuesday, October 30, 2012

Petua - Melembutkan daging dengan cara berkhasiat





Pernahkah anda mengulai atau masak rendang daging hingga mengambil masa berjam-jam akibat daging liat atau keras. Ada sesetengah orang memasukkan sudu atau tempurung kelapa untuk mempercepatkan daging empuk. Ada juga yang memasukkan panadol (PCM), tetapi ia memberi kesan sampingan yang tidak baik terutama yg mempunyai masalah G6PD. Di sini saya ada petuanya, sihat lagi berkhasiat.

Apa yang anda perlu lakukan masukkan beberapa biji buah kurma bersama daging. Buah kurma bukan sahaja dapat melembutkan daging dengan cepat tetapi gulai yang kita makan akan rasa manis asli dan lemak. Tambah-tambah jika dimasak kari atau rendang. Selamat mencuba...

1 comment: